Ekelas Subjek Sains Tingkatan 4 & 5
17 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 16 Febuari 2019, telah di adakan eKelas Subjek Sains ini bagi minggu pertama untuk pelajar tingkatan 4 & 5 .Kelas ini berlangsung dari jam 5.20 petang sehingga 6.00 petang. Pada minggu pertama ini pelajar diberi tugasan berkumpulan mengikut kumpulan yang telah mereka bahagikan sendiri. Selepas menyiapkan tugasan pelajar hendaklah memuat naik hasil kerja mereka di dalam portal ekelas bagi memudahkan cikgu memberi markah. Pelajar mengambil peluang yang ada ini dengan fokus dalam penerimaan pembelajaran kali ini.Seramai 5 orang pelajar tingkatan 4 & 5 yang hadir untuk ekelas subjek sains ini.
Terima kasih kepada pelajar yang terlibat.Diharap pembelajaran ini akan lebih membantu pelajar dengan menambah ilmu pengetahuan dan akan lebih bersedia menghadapi peperiksaan yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: